Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Projek ini sasar selamatkan penduduk Gurun Sahara daripada ditenggelami padang pasir

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rumah-rumah berdekatan padang pasir Sahara semakin ditenggelami bukit pasir akibat perubahan iklim.

Anggaran Waktu Membaca:

MAURITANIA: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rumah-rumah berdekatan padang pasir Sahara semakin ditenggelami bukit pasir akibat perubahan iklim.

Justeru usaha dipertingkat untuk mencegah peluasan padang pasir.

Ideanya - menanam pokok meliputi kawasan sepanjang lebih 8,000 kilometer di benua Afrika, dipanggil projek Great Green Wall, bagi memastikan Gurun Sahara tidak menjejas kehidupan penduduk sekeliling.

Namun begitu, kekurangan hujan juga menyebabkan perigi dan sistem pengairan perlu dibina di bawah projek tersebut agar pokok yang ditanam dapat tumbuh subur.

Dilengkapi juga dengan panel suria, kini lebih banyak pokok dapat ditanam di Mauritania, negara yang paling berisiko terjejas.

Pemerintah negara itu menyediakan peralatan kepada penduduk serta membimbing mereka cara menanam pokok.

Pihak berkuasa Mauritania juga mengambil peluang untuk membangunkan kawasan-kawasan berdekatan projek tersebut.

Projek "Great Green Wall" dilancarkan pada 2007 dan kini dilaksanakan di lebih 20 negara merata Afrika.

Ia diharap dapat memulihkan kawasan tanah seluas 100 juta hektar menjelang 2030.

Sumber : Agensi berita/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan