Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Program baru Australia intai peluang pikat lebih ramai pelancong

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Program baru Australia intai peluang pikat lebih ramai pelancong

Gambar: Sumber web/ Agri Labour Australia

Diterbitkan : 29 May 2022 08:46PM Dikemas Kini : 29 May 2022 11:14PM

QUEENSLAND: Ladang-ladang di Queensland, Australia, sedang berusaha menarik lebih ramai pelancong pasca pandemik.

Program jejak makanan yang baru berharap untuk membantu perniagaan peladang-peladang Queensland yang terjejas teruk oleh COVID-19.

Program jejak makanan di Capricorn Coast berputik dari geran pemulihan akibat kebakaran hutan di Australia pada 2019.

Ia merangkumi pengembaraan memandu sendiri melibatkan 46 ladang, peruncit dan pasar, termasuk mereka yang menanam makanan sendiri untuk operasi restoran mereka.

Para pelancong ingin tahu di mana asal usul makanan dan mengenali mereka yang bertanggungjawab menghasilkan sumber makanan mereka.

Hasil bantuan pemerintah persekutuan Australia, program jejak makanan Capricorn Coast juga mahu melibatkan lebih ramai peladang.

Matlamatnya adalah untuk bekerjasama dengan sektor pelancongan bagi merancakkan semula perniagaan pasca pandemik.

Ini ketika para peladang kembali melancarkan operasi sepenuhnya, selepas lebih dua tahun menyepi.
 

Sumber : Agensi berita/AZ/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan