Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Permainan di layar pertingkat penyelarasan otot pesakit angin ahmar

Menurut satu kajian, terapi menggunakan teknologi permainan di layar mungkin boleh membantu lebih sejuta orang di merata dunia yang mengalami kesan akibat serangan angin ahmar.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Permainan di layar pertingkat penyelarasan otot pesakit angin ahmar

Terapi menggunakan teknologi permainan di layar.

Diterbitkan : 12 Dec 2021 04:02PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 04:03PM

BRITAIN: Menurut satu kajian, terapi menggunakan teknologi permainan di layar mungkin boleh membantu lebih sejuta orang di merata dunia yang mengalami kesan akibat serangan angin ahmar.

Ini kerana ia dipercayai berupaya meningkatkan penyelarasan otot dan berpotensi memperbaiki otak yang terjejas akibat serangan angin ahmar.

Misalnya, apabila bermain permainan ikan lumba-lumba, pesakit akan menggunakan tangannya untuk mengawal ikan lumba-lumba di layar, hasil bantuan beberapa kamera.

Daripada 100,000 pesakit di Britain yang diserang angin ahmar setiap tahun, hanya 10 peratus sahaja yang pulih sepenuhnya.

Cik Mary Mount, yang diserang angin ahmar April lalu, adalah yang pertama mencuba terapi menggunakan permainan ikan lumba-lumba ini.

Kini selepas pulang ke rumah, beliau lebih banyak menggunakan permainan tradisional untuk terus bersenam.

Satu lagi ujian menggunakan teknologi "Mindpod" melibatkan 100 pesakit angin ahmar akan bermula tahun depan.

Menurut pakar-pakar, kejayaan terapi baru itu juga akan mengurangkan keperluan para penjaga.

Sumber : Agensi berita/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan