Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Masjid Quba diperluas, tempat-tempat sejarah dipulihara

Sebuah projek dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk meluaskan Masjid Quba yang terletak di pinggir kota Madinah.

Anggaran Waktu Membaca:

MADINAH: Sebuah projek dilancarkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk meluaskan Masjid Quba yang terletak di pinggir kota Madinah.

Projek peluasan tersebut adalah yang terbesar dalam sejarah masjid pertama dalam Islam itu.

Apabila diluaskan, Masjid Quba akan berukuran seluas 50,000 meter persegi atau 10 kali ganda lebih besar berbanding saiznya sekarang.

Ia juga dijangka dapat menampung seramai 66,000 jemaah secara serentak.

Di bawah projek peluasannya, bangunan Masjid Quba akan disambungkan ke halaman berbumbung di empat sisinya yang boleh berfungsi sebagai dewan-dewan solat tambahan.

Selain itu, Masjid Quba akan dilengkapi dengan sistem-sistem yang dapat meningkatkan kecekapannya.

Projek peluasan Masjid Quba juga meliputi pembangunan dan pemulihan tempat-tempat bersejarah di sekitarnya.

Ia termasuk telaga-telaga, ladang dan kebun buah serta menghubungkan tiga tempat laluan Nabi Muhammad.

Putera Mahkota Mohammed berkata selain untuk menampung lebih ramai jemaah, projek itu mahu menonjolkan kepentingan Masjid Quba dalam Islam, mengabadikan ciri-ciri sejarahnya serta mengekalkan seni bina lama dan sifat perbandaran kawasan ini.

Menurutnya lagi, projek peluasan itu adalah sebahagian daripada Wawasan 2030 Arab Saudi iaitu termasuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji dan umrah serta mutu hidup penduduk.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan