Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Lelaki ini sahut cabaran isteri berlagak seperti wanita hamil

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Lelaki ini sahut cabaran isteri berlagak seperti wanita hamil

(Gambar: Tangkapan skrin video @amyyusuff/TikTok)

BERITAmediacorp: Berapa lamakah dapat seorang suami bertahan jika beliau hamil dan masih perlu melakukan kerja rumah?

Kicau minggu ini meninjau gelagat seorang wanita yang mencabar suaminya merasakan sendiri keluhan dialami seorang ibu hamil.

Dalam cabaran untuk tahu rasanya jadi ibu hamil, seorang lelaki dibalut dengan buah semangka seberat sembilan kilogram dan dicabar membawanya ke mana-mana selain melakukan aktiviti hariannya seperti biasa.

Apabila disuruh memakai stoking sebagai sebahagian cabaran itu, lelaki berkenaan cuba menyembunyikan bahawa beliau sedang mengalami kesukaran untuk melakukannya.

"Dah berpeluh dah tengok tu muka," kata isterinya.

Awalnya, beliau biasa-biasa sahaja, namun kemudian mula lelah dan menyerah.

Lelaki itu mula merungut pinggangnya sudah mula rasa sakit dan beliau seolah-olah ingin muntah, walaupun hanya mengangkat semangka itu selama kurang setengah sejam.

Video lelaki yang pura-pura hamil menarik pelbagai reaksi warganet - ada yang memujinya kerana sanggup mahu memahami cabaran seorang ibu hamil.

"Comel je suami dia melayan."

"Ok. Nak cuba cabaran ini nanti. Suami saya inginkan kembar. Dia ingat senang agaknya," ujar seorang lagi warganet.

Namun, netizen lainnya merasakan penderitaan lelaki itu masih jauh dari yang dirasakan ibu hamil.

"Kami bawa sembilan bulan bang, dengan berat badan naik 20 kilogram waktu mengandung," luah seorang warganet.

"Itu je. Belum rasa mual, muntah, pening, mabuk, sakit pinggang, sakit perut..."

"... perut mengeras, malam-malam kerap membuang air kecil," kongsi seorang lagi warganet.

Jelas, beliau hanya mampu bertahan 30 minit dan rasa lega dapat melepaskan semangka itu.

Apapun, cabaran tersebut sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan suami lebih memahami dan membantu meringankan beban isteri mereka.
Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan