Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Kota Novosibirsk raikan Tahun Baru 2022 dengan cara unik & tersendiri

Anggaran Waktu Membaca:

SIBERIA: Memasuki tahun baru 2022, pengukir arca dari pelbagai pelusuk Rusia berkumpul di kota Novosibirsk untuk menyertai Pesta Ukiran Salji Siberia.

Sepanjang minggu, mereka bertahan dalam cuaca sejuk dengan suhu di bawah sifar untuk menghasilkan arca-arca menarik yang diperbuat daripada salji keras.

Seramai 27 peserta termasuk 12 kanak-kanak tekun dan gigih berusaha memotong dan memahat empat meter padu salji untuk membentuk arca-arca yang diharap dapat menambat hati pengadil.

Tema pesta tahun ini adalah 'Motif untuk Siberia'.

Jadi, peserta perlu menghasilkan ukiran yang melambangkan keindahan dan nilai-nilai yang berkait rapat dengan wilayah itu.

Ramai pengukir arca mengambil ilham daripada legenda dan mitos turun-temurun.

Panel juri yang terdiri daripada karyawan bidang seni reka dan arkitek perlu memilih tiga pemenang.

Karya seni yang dihasilkan akan terus dipamerkan sehingga hujung bulan Januari.

Sumber : Agensi berita/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan