BERITA+: Kebun 'Tre Fontane' ini curi tumpuan masyarakat Itali

Gambar: Sumber Web
ROME: Kebun-kebun sayur di kawasan bandar menerima sambutan yang semakin rancak.
Ruang-ruang hijau kini menjadi tumpuan hidup bermasyarakat.
Sepanjang pandemik melanda Itali, kebun-kebun di tengah-tengah ibu kota Rome menjadi tempat beristirahat.
Ini kerana kebun-kebun sayur ini dibenarkan untuk dibuka meskipun ketika orang ramai dikenakan sekatan pergerakan yang ketat.
Salah sebuah persatuan yang menguruskan kebun-kebun sayur di Rome, misalnya, menerima 30 peratus lebih banyak pertanyaan daripada mereka yang berminat untuk bercucuk tanam.
Kebun-kebun ini lazimnya untuk kegunaan sekeluarga atau beberapa isi rumah.
Namun kebelakangan ini, kebun 'Tre Fontane' menjadi tempat tumpuan bagi kegiatan masyarakat.
Misalnya, ia menyambut para pesakit mental yang bercucuk tanam sebagai suatu bentuk terapi.
Ada juga sukarelawan yang mengajar bahasa Itali kepada kanak-kanak pendatang asing.
Bagi yang tua pula, mereka boleh bersembang dan beriadah sambil menikmati suasana serba hijau.
Sejak dari Perang Dunia Kedua lagi, kebun-kebun sayur di Rome menjadi sumber penakatan bagi sesetengah keluarga.
Namun kebun-kebun ini diberi nafas baru, sejajar dengan keperluan kontemporari agar tradisi ini tidak ditelan arus pemodenan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.