Skip to main content

Dunia

BERITA+: Kampung Hong Kong ini berisiko lenyap ditenggelami air

Fenomena pasang surut air laut mungkin melenyapkan sama sekali masyarakat nelayan yang tinggal di kawasan pesisir.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Kampung Hong Kong ini berisiko lenyap ditenggelami air

Kampung nelayan Tai O di Pulau Lantau, Hong Kong. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2021 02:47PM Dikemas Kini : 14 Nov 2021 02:57PM

HONG KONG: Fenomena pasang surut air laut mungkin melenyapkan sama sekali masyarakat nelayan yang tinggal di kawasan pesisir.

BERITA+ Khabar Dunia melihat bagaimana ia menjejas masa depan para nelayan itu.

Rumah-rumah yang diperbuat daripada tiang kayu dan dibina di atas air laut merupakan tempat tinggal bagi para nelayan di Hong Kong.

Wen Fook-ming, 84 tahun, merupakan antara 3,000 penduduk yang masih menetap di Kampung Tai O di Pulau Lantau.

Majoriti penduduk di situ merupakan warga tua dan menurut para pakar, ada kemungkinan seluruh kampung nelayan tersebut akan ditenggelami air laut dalam masa beberapa dekad.

Sebabnya? Paras air laut yang kian meningkat akibat fenomena cuaca buruk.

Rumah Encik Wen pernah musnah akibat dipukul dua taufan dahsyat yang membadai Hong Kong pada tahun 2008 dan 2018.

Namun kampung Tai O bukan satu-satunya kawasan yang menghadapi risiko ancaman perubahan iklim.

Keadaan pasang surut air laut turut menggugat kehidupan para penduduk di bahagian timur Hong Kong.

Estet-estet perumahan di situ dibanjiri air bah akibat taufan pada tahun 2017 dan 2018.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca Hong Kong, paras air laut di wilayah itu dijangka meningkat dari 0.63 meter kepada 1.07 meter pada hujung abad ini, jika orang ramai tidak berusaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Meskipun paras air laut yang tinggi tidak akan serta-merta menyebabkan banjir secara besar-besaran, Hong Kong tetap terdedah kepada kesan ribut yang disebabkan oleh taufan. 

Sumber : Agensi berita/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita