Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Inilah piano sentuhan terakhir Frederic Chopin

Alat muzik ini sangat berharga kerana ia adalah piano terakhir yang digunakan oleh Frederic Chopin.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Inilah piano sentuhan terakhir Frederic Chopin

Alat muzik ini sangat berharga kerana ia adalah piano terakhir yang digunakan oleh Frederic Chopin.

Diterbitkan : 12 Dec 2021 03:27PM Dikemas Kini : 12 Dec 2021 03:29PM

WARSAW: Alat muzik ini sangat berharga kerana ia adalah piano terakhir yang digunakan oleh Frederic Chopin.

Penggubah lagu dari Poland itu terkenal kerana mahir bermain piano sejak kecil lagi dan menghasilkan ratusan gubahan muzik klasik.

Selepas pemergiannya pada Oktober 1849 di Paris, piano ini dibeli oleh pelajar beliau, Jane Stirling, yang kemudian memberikannya kepada kakak penggubah lagu tersebut.

Piano itu tiba di Warsaw pada tahun 1850 setelah bertahan pelbagai detik bersejarah termasuk dua perang dunia.

Ia kini ditempatkan di Institut Frederic Chopin di Warsaw, di mana seorang pakar sedang cuba untuk mengembalikan ciri-ciri asalnya.

Piano tersebut menjadi semakin usang seperti mana-mana alat muzik lain - berbanding biola yang menjadi bertambah baik dengan usia.

Kayu yang digunakan untuk piano lazimnya hilang kelenturannya sehingga ia menjejas bunyi yang dikeluarkan.

Paul McNulty, seorang pakar dari Amerika, kini ditugaskan untuk memasang semula tali piano agar bunyi yang dikeluarkan sebaik zaman kegemilangannya dulu. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan