BERITA+: Indonesia pacu pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan; berdepan cabaran kos & bekalan
Di Indonesia, syarikat minyak dan gas milik negara, Pertamina, merancang untuk meningkatkan pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) dengan memperluas kapasiti di loji penapis minyak sedia ada — dan mungkin membina loji penapis hijau baharu.
Anggaran Waktu Membaca:
INDONESIA: Di Indonesia, syarikat minyak dan gas milik negara, Pertamina, merancang untuk meningkatkan pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) dengan memperluas kapasiti di loji penapis minyak sedia ada — dan mungkin membina loji penapis hijau baharu.
Indonesia menyasarkan untuk meningkatkan secara beransur-ansur mandat campuran SAF nasional bagi penerbangan antarabangsa kepada lima peratus menjelang 2035.
Namun, penggunaan meluas SAF di Indonesia mungkin terbantut ekoran kos pengeluaran yang tinggi dan bekalan bahan yang terhad.
Loji penapis minyak terbesar di Indonesia kendalian Pertamina terletak di wilayah Cilacap, Jawa Tengah.
Loji penapis tersebut mempunyai kapasiti pemprosesan keseluruhan sebanyak 348,000 tong sehari.
Ia membekalkan kira-kira 34 peratus daripada keperluan bahan api Indonesia.
Sebahagian daripada loji penapis itu digunakan untuk menghasilkan bahan api penerbangan SAF.
Ia boleh menghasilkan kira-kira 1,400 kiloliter SAF sehari dan sekitar tiga peratus daripadanya datang daripada minyak masak terpakai.
SAF yang dibuat daripada minyak masak terpakai dihasilkan melalui satu siri proses kimia.
Pertama, minyak masak terpakai dicampur dengan minyak tanah dan dipanaskan hingga kira-kira 70 darjah Celsius.
Campuran itu kemudian dipindahkan ke sebuah reaktor, di mana ia dipanaskan melebihi 300 darjah Celsius dan melalui lapisan pemangkin – yang mencetus dan mempercepatkan tindak balas kimia.
Hidrogen juga diperkenalkan sebagai bahan tindak balas utama – menjadikan bahan api itu lebih stabil dan serasi dengan keperluan enjin pesawat.
Hasilnya – bahan api yang lebih bersih yang boleh menggerakkan pesawat sambil membantu mengurangkan jejak karbon penerbangan lebih daripada 80 peratus.
Usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan pengeluaran dan menambah kandungan minyak masak terpakai dalam campuran SAF.
"Pemangkin juga perlu ditambah baik dengan pemangkin lain yang boleh digunakan dalam unit kami.
"Dengan itu, kami boleh memproses SAF melebihi tiga peratus. Pasukan R&D kami sentiasa meningkatkan peratusan UCO (minyak masak terpakai) atau membina unit lain untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti," kata jurutera proses, PT Kilang Pertamina Internasional, Novan Adhi Prakasa.
Pertamina juga merancang untuk memperluas program loji penapis hijau ke bahagian lain di Indonesia – memanfaatkan potensi negara dalam pengumpulan minyak masak terpakai.
"Di Indonesia saat ini, penggunaan minyak goreng sekitar 6 sampai 7 juta tan setahun. Kalau kita boleh kumpulkan 20 peratus saja seperti di negara maju, kita akan mendapatkan jumlah bahan baku yang sangat besar yang cukup untuk industri dalam negeri," kata timbalan pengarah urusan, PT Pertamina (Persero), Oki Muraza.
SURI RUMAH KINI TIDAK BUANG MINYAK MASAK TERPAKAI, TETAPI MENJUALNYA
Di daerah Tegalreja, tidak jauh dari kilang penapisan minyak Cilacap, para penduduk berkumpul di bank sampah tempatan untuk menyerahkan minyak masak terpakai mereka.
Dahulu, suri rumah akan membuangnya ke longkang, menyebabkan masalah alam sekitar.
Kini, mereka boleh menjualnya dengan harga sekitar 30 sen sekilogram — menukar sisa kepada wang tunai.
"Minyak terpakai itu di setiap rumah tangga kan ada. Dan tentu saja ini menambah pendapatan walaupun kecil dan itu membuat kami semangat dan harapan kami ke depan, minyak terpakai itu harganya naik lebih tinggi lagi. Syukur, boleh 10,000 rupiah (S$0.78) satu kilo," kata seorang penduduk Kampung KB Gadis, Bartinah.
Indonesia mempunyai potensi bekalan sebanyak 1 juta liter minyak masak terpakai setiap tahun.
Tetapi kini 95 peratus daripadanya dieksport ke Eropah dan negara Asia lain.
Usaha pengumpulan masyarakat sedemikian penting untuk mengalihkan bekalan ke arah pengeluaran SAF dalam negeri.
"Kalau dari awal kami hanya 80 - 100 (kg/bulan), sekarang boleh 170 kilo sebulan," kata penyelaras Bank Sampah Tegalreja, Sri Widowati.
SAF 2-5 KALI LEBIH MAHAL BERBANDING BAHAN API BIASA
Indonesia merancang untuk memperkenalkan campuran SAF sebanyak satu peratus dalam bekalan bahan api penerbangannya menjelang 2027.
Namun, kos kekal sebagai halangan utama.
SAF boleh menjadi dua hingga lima kali lebih mahal berbanding bahan api penerbangan tradisional.
Pakar industri berkata pemerintah perlu campur tangan untuk memastikan penggunaan SAF oleh syarikat penerbangan tidak menyebabkan kenaikan harga tiket.
"Pasaran pengangkutan udara Indonesia sangat sensitif terhadap harga. Sehingga kini, pemerintah tidak membenarkan sebarang kenaikan harga tiket sejak 2019.
"Hakikatnya, SAF masih mahal. Jadi walaupun satu peratus SAF dicampur dalam bahan api, ia akan menaikkan kos dan akhirnya harga tiket juga naik," kata pengerusi Persatuan Pengguna Perkhidmatan Pengangkutan Udara Indonesia, Alvin Lie.
Cita-cita Indonesia untuk menjadi peneraju serantau dalam bahan api penerbangan mampan sedang terbentuk — tetapi kemajuan bergantung pada sejauh mana ia dapat meningkatkan pengeluaran dan memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan.
Buat masa ini, bahan api tersebut kekal sebagai tunjang kepada matlamat sifar bersih pelepasan karbon negara — ke arah langit yang lebih bersih dan hijau.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.