Skip to main content

Dunia

BERITA+: Fenomena gurun tandus 'menghijau' di Siberia tarik perhatian pengkaji

Jika perubahan iklim lazimnya dikaitkan dengan kesan negatif terhadap bumi, pemanasan bumi sebenarnya juga mampu memberi manfaat - iaitu menyuburkan tanah tandus.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Fenomena gurun tandus 'menghijau' di Siberia tarik perhatian pengkaji

Tyva, Rusia. (Gambar: Britannica)

Diterbitkan : 14 Nov 2021 04:48PM Dikemas Kini : 14 Nov 2021 04:49PM

TYVA,RUSIA: Jika perubahan iklim lazimnya dikaitkan dengan kesan negatif terhadap bumi, pemanasan bumi sebenarnya juga mampu memberi manfaat - iaitu menyuburkan tanah tandus.

Fenomena sedemikian di selatan Siberia di Rusia, di mana bukit pasir menghijau menarik perhatian para pengkaji.

Sejak sekian lama, para penduduk di Siberia menganggap padang pasir yang tidak putus-putus itu sebagai tanah tandus.

Namun kebelakangan ini bukit pasir di selatan Siberia tersebut menarik perhatian para pengkaji kerana kejadian luar biasa.

Rentetan bukit pasir itu sebaliknya semakin menghijau.

Walaupun puncanya masih belum dipastikan, perubahan iklim disebut sebagai suatu kemungkinan yang berlaku.

Lazimnya pemanasan bumi dikaitkan dengan penghapusan flora dan fauna.

Namun suhu lebih panas sebenarnya menjadikan tanah tandus itu semakin subur.

Pemanasan bumi juga merubah arah tiupan angin hingga menjadikan tiupan angin lebih kencang dan mendatangkan hujan lebat.

Akibatnya, cuaca di situ kini lebih lembap dan suhunya tidak begitu rendah pada musim sejuk.

Hasilnya, pokok poplar asal tempat itu kini tumbuh lebih meluas.

Sejak tahun lalu, pasukan pengkaji berbilang disiplin meneliti punca keadaan menghijau yang di luar jangkaan ini.

Jumlah hujan juga semakin bertambah dengan hujan lebat kini lebih sering berlaku.

Namun kehijauannya bukanlah khabar baik semata-mata.

Kawasan padang pasir yang berkurangan mungkin merubah cara para petani bercucuk tanam. 

Sumber : Agensi berita/EM/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita