Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS beri amaran China boleh godam prasarana, termasuk saluran paip, sistem kereta api

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi amaran pada Khamis (25 Mei) bahawa China mampu melancarkan serangan siber terhadap prasarana penting, termasuk saluran paip minyak dan gas serta sistem kereta api, selepas para penyelidik mendapati kumpulan penggodam China sudah mengintip rangkaian sedemikian.

Amaran berbilang negara yang dikeluarkan pada Rabu (24 Mei) mendedahkan kempen pengintipan siber China menyasar tentera dan pemerintah Amerika Syarikat.

Pemerintah China bagaimanapun menolak dakwaan bahawa pengintipnya menyasarkan Barat, menyifatkan amaran yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai "kempen maklumat palsu bersama".
Pegawai AS berkata mereka masih dalam proses memahami tahap bahaya ancaman itu.

"Kami mempunyai sekurang-kurangnya satu lokasi yang kami tidak tahu sejak panduan memburu dikeluarkan tampil dengan data dan maklumat," kata Rob Joyce, pengarah keselamatan siber Agensi Keselamatan Negara AS (NSA), kepada Reuters. Agensi itu mendedahkan butiran teknikal sebelum ini untuk membantu penyedia perkhidmatan penting mengesan pengintipan.

"Komuniti perisikan AS menilai bahawa China hampir pasti mampu melancarkan serangan siber yang boleh mengganggu perkhidmatan prasarana penting di Amerika Syarikat, termasuk kepada saluran paip minyak dan gas serta sistem kereta api," kata jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller dalam taklimat media.

"Ia adalah penting untuk pemerintah dan pembela rangkaian awam terus berwaspada."
Jurucakap kementerian luar China Mao Ning memberitahu wartawan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Australia dan New Zealand bertujuan untuk mempromosikan perikatan perisikan mereka - dikenali sebagai Five Eyes - dan bahawa Washington yang bersalah menggodam.

"Amerika Syarikat adalah empayar penggodaman," kata Encik Mao.
Sumber : Reuters/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan