AS beri amaran 'akibat malapetaka besar' jika Rusia guna senjata nuklear di Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Amerika Syarikat (AS) pada Ahad (25 Sep) memberi amaran akan "akibat malapetaka besar" jika Mosko menggunakan senjata nuklear di Ukraine selepas Menteri Luar Rusia mengatakan akan memberi perlindungan penuh kepada kawasan yang yang mengadakan referendum untuk menyertai negara itu.
Empat wilayah timur Ukraine yang dikuasai secara paksa Rusia sejak Februari lalu, memulakan pungutan suara untuk hari ketiga pada Ahad.
Dengan memasukkan Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia ke dalam Rusia, Mosko boleh menggambarkan usaha untuk merebut semula kawasan itu sebagai serangan ke atas Rusia sendiri dan sebagai satu amaran kepada Kyiv dan sekutu Barat Ukraine, lapor Reuters.
Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan pada Ahad berkata negaranya akan bertindak balas tegas terhadap sebarang penggunaan senjata nuklear terhadap Ukraine, malah menegaskan kepada Mosko malapetaka yang bakal dihadapi.
Amaran terbaru AS itu susulan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu (21 Sep) mengatakan akan menggunakan sebarang senjata termasuk nuklear bagi mempertahankan wilayahnya, lapor Reuters.

BACA:
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menjelaskan dalam sidang media pada Sabtu (24 Sep) selepas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York untuk mewajarkan pencerobohan ke atas Ukraine.
Ditanya jika Rusia mempunyai sebab menggunakan senjata nuklear bagi mempertahankan wilayah dikuasai, Encik Lavrow berkata wilayah Rusia, termasuk wilayah yang "bakal dimaktubkan" dalam perlembagaan Rusia pada masa depan, "adalah di bawah perlindungan penuh negara".
ANCAMAN PALSU
Ukraine dan sekutunya menolak pungutan suara sebagai satu penipuan yang direka untuk mewajarkan peningkatan perang dan usaha pengerahan separa tentera Rusia selepas kekalahan di medan perang baru-baru ini.
Perdana Menteri Britain, Liz Truss berkata London dan sekutunya tidak seharusnya mengendahkan ancaman daripada Encik Putin yang sebelum ini melakukan apa yang disebutnya sebagai kesilapan strategik kerana tidak menjangkakan kekuatan tindak balas dari Barat.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.