Skip to main content

Dunia

Berang ditegur hisap dadah, penggal kepala bapa

Seorang bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru, menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Berang ditegur hisap dadah, penggal kepala bapa

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 07:31PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 07:35PM

IPOH: Seorang bapa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dipenggal kepalanya oleh anak lelakinya yang berang ditegur menghisap dadah di dalam rumah di Kampung Kanthan Baru, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada tengah malam tadi, suspek berusia 52 tahun itu membunuh bapanya yang berumur 74 tahun ketika dipercayai sedang khayal dengan dadah jenis Syabu.

Menurut Encik Yahya, pihaknya menerima laporan awam kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi sebelum sepasukan polis ke lokasi kejadian dan terserempak dengan suspek yang kemudiannya membawa polis ke rumahnya.

“Siasatan awal di rumah tersebut mendapati satu daripada lima bilik mempunyai kesan darah dan apabila disoal lanjut suspek menunjukkan kepala bapanya yang sudah ditanam di laman belakang rumah mereka.

“Apabila ditanya mengenai bahagian badan mangsa, suspek berkata badan yang sudah dikerat enam bahagian itu dibuang di lubang pembetungan sedalam lima kaki. Bahagian badan itu dibuang kira-kira 12 meter dari kepala mangsa,” katanya kepada para wartawan ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini (9 Okt).

Encik Yahya berkata bahawa pihak polis turut menjumpai sebilah parang sepanjang 0.6 meter di salah sebuah bilik yang dipercayai digunakan untuk mengerat badan mangsa.

Beliau berkata sebelum ini suspek bekerja sebagai kontraktor tetapi sudah tiga bulan tidak bekerja.

Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita