Benteng dibina di Jawa Tengah untuk halang banjir
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Presiden Joko Widodo)
JAKARTA: Indonesia sedang dalam proses pembinaan benteng pasang surut sepanjang 3.6 kilometer di Semarang, Jawa Tengah, dengan peruntukan 386 bilion rupiah (S$32 juta)
Menurut Presiden Indonesia Joko Widodo, benteng yang terletak di Kampung Nelayan, Tambak Lorok itu dipasang dengn tujuan untuk mengurangkan banjir pasang surut dalam tempoh tiga dekad akan datang, lapor Astro Awani.
Menurutnya, benteng yang dijangka siap pada bulan Ogos itu, berpotensi membawa kepada projek sama di kawasan pantai lain yang terdedah.
Menurut kenyataan Sekretariat Presiden, projek itu kini sudah 85 peratus siap dan dijangka selesai pada Ogos 2024, termasuk penyusunan semula Kampung Nelayan.
Projek tersebut merangkumi pembinaan tembok laut seluas 20 hektar dan dua kolam takungan untuk mengurangkan risiko banjir, bersama dua rumah pam yang mampu mengepam 3×500 liter sesaat setiap satu.
Dilaksanakan dalam dua fasa, inisiatif itu pada mulanya memastikan keselamatan limbungan kapal semasa fasa pertama (2016-2017).
Fasa kedua yang sedang berlangsung (2022-2024) bertujuan untuk melindungi kawasan kediaman, kemudahan sosial dan kemudahan awam di sekitar Tambak Lorok.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.