Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bendera merata dunia dikibar separuh tiang susuli kemangkatan Ratu Elizabeth II

Anggaran Waktu Membaca:
Bendera merata dunia dikibar separuh tiang susuli kemangkatan Ratu Elizabeth II

(Gambar: Marty MELVILLE / AFP)

Diterbitkan : 09 Sep 2022 07:54AM Dikemas Kini : 09 Sep 2022 09:24AM
LONDON: Bendera dikibarkan separuh tiang di Istana Buckingham, London menyusuli kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bersama memberikan penghormatan terakhir dengan berkumpul di pekarangan istana.

Hadirin turut dilihat memberikan tepukan kepada Ratu Elizabeth atas jasa dan pengorbanannya selepas 70 tahun memerintah.

Di Amerika Syarikat, bendera turut dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih serta semua bangunan persekutuan dan pangkalan tentera.

Ia sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II yang meninggal dunia pada Khamis (8 Sep).
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan