Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Bencana radiasi' dapat dielakkan selepas bekalan elektrik loji nuklear Ukraine dipulihkan: Zelenskyy

Anggaran Waktu Membaca:
'Bencana radiasi' dapat dielakkan selepas bekalan elektrik loji nuklear Ukraine dipulihkan: Zelenskyy

(Gambar: Ed Jones/AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2022 07:32AM Dikemas Kini : 26 Aug 2022 07:32AM

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy berkata pada Khamis (25 Ogos) bencana radiasi dapat dielakkan apabila bekalan elektrik ke loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia dapat dipulihkan selepas terputus selama beberapa jam, lapor Reuters.

Bekalan elektrik ke reaktor loji itu terputus kerana kabel yang menyambungkannya dengan grid elektrik Ukraine terjejas oleh kebakaran di sebuah loji jana kuasa arang batu yang berhampiran.

Presiden Zelenskyy mendakwa, kebakaran itu akibat serangan tentera Rusia.

"Sekiranya kakitangan stesen kami tidak bertindak selepas bekalan terputus, maka kami sudah terpaksa menangani akibat satu kemalangan radiasi," katanya.

"Rusia telah meletakkan Ukraine dan semua orang di Eropah dalam keadaan risiko bencana radiasi."

Inilah kali pertama dalam sejarahnya selama 40 tahun, loji itu terputus bekalan elektrik sama sekali.

Tenaga elektrik diperlukan bagi sistem penyejuk dan keselamatannya. 

Loji jana kuasa nuklear terbesar di Eropah itu, dikuasai tentera Rusia sejak Mac lalu.

Sejak kebelakangan ini Rusia dan Ukraine saling menuduh satu sama lain menyerang kawasan sekitar loji itu.

Ia mencetuskan kebimbangan besar kemungkinan berlaku mala petaka nuklear seperti yang terjadi di Chernobyl, lebih 36 tahun lalu.

Sumber : Reuters/MU/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa