'Bencana demi bencana': Meski semakin lemah, junta Myanmar tetap guna senjata untuk tindas orang awam
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
MYANMAR: Junta tentera Myanmar semakin lemah sejak beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi itu menimbulkan lebih banyak masalah kepada rakyat negara tersebut dalam jangka pendek, menurut Utusan Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tom Andrews pada Isnin (29 Jan).
Sejak Oktober, junta kehilangan lebih 4,000 askar yang sama ada menyerah diri atau berpaling tadah, dan tentera juga semakin hilang kuasa di beberapa wilayah, menurut Encik Andrews.
“Mereka kehilangan pondok tentera dan senjata, termasuk meriam, jadi mereka semakin kehilangan kuasa. Masalahnya (adalah) sedang mereka berbuat demikian, mereka bertindak balas dengan menyerang kampung-kampung,” katanya, sambil menambah bahawa mereka mempunyai senjata perang yang sangat canggih untuk melakukannya.
Walaupun junta yang semakin melemah adalah berita baik dalam jangka panjang, tindak balas junta terhadap rakyat Myanmar adalah "masalah yang sangat membimbangkan", katanya.
“Ia ibarat bencana demi bencana,” kata pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar kepada rancangan Asia First terbitan CNA.
Sejak berlaku rampasan kuasa hampir tiga tahun yang lalu, 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal dan 18.6 juta orang amat memerlukan bantuan kemanusiaan, kata Encik Andrews, yang juga seorang zamil kanan hak asasi manusia Robina di Sekolah Undang-Undang Universiti Yale.
Tahun lalu, lebih 10,000 kanak-kanak Myanmar maut akibat apa yang disifatkan oleh PBB sebagai kekurangan zat makanan yang sangat teruk.
“Kanak-kanak Myanmar benar-benar mati kelaparan. Lebih separuh negara ini jatuh miskin. Negara Myanmar ini mengalami penderitaan yang luar biasa sejak berlaku rampasan kuasa hampir tiga tahun lalu,” kata Encik Andrews.
MYANMAR DAN ASEAN
Apabila ditanya mengenai Myanmar yang diperintah tentera menghantar seorang birokrat ke mesyuarat menteri luar Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Isnin, Encik Andrews berkata bahawa masalah asasnya ialah “anda tidak boleh mempercayai junta tentera dan sebarang perjanjian yang mereka tandatangani”.
"Sebaik sahaja junta bersetuju dengan apa sahaja, ia dengan pantas akan menukar pendiriannya. Ia bersetuju dengan satu perkara pada satu hari dan melakukan sebaliknya pada keesokan harinya,” katanya sambil menunjukkan bagaimana junta menyerang orang awam yang tidak bersalah sejurus selepas bersetuju dengan rancangan damai yang memerlukannya menghentikan keganasan.
Para jeneral tentera Myanmar masih diharamkan daripada menghadiri mesyuarat utama ASEAN atas kegagalan mereka untuk melaksanakan konsensus lima perkara, pelan damai yang dipersetujui antara junta dan ASEAN, dua bulan selepas berlaku rampasan kuasa pada 2021.
ASEAN mempunyai dasar mengundang Myanmar untuk menghantar apa yang disifatkan adalah wakil "bukan politik" tetapi junta sejak dua tahun lalu telah menolak undangan itu. Tahun ini, Myanmar menghantar Cik Marlar Than Htaik, setiausaha tetap Kementerian Luar di bawah kawalan junta, untuk mewakili negara itu di Luang Prabang.

ADAKAH PILIHAN RAYA BAKAL DIADAKAN?
Tempoh darurat di Myanmar dijangka berakhir pada Rabu menyusuli lanjutan selama enam bulan pada Julai tahun lalu.
Apabila ditanya sama ada akan ada lanjutan lagi, Encik Andrews berkata bahawa melanjutkannya lagi akan membolehkan junta tentera mengelak daripada mengadakan pilihan raya, yang pada mulanya dijanjikan untuk diadakan pada Ogos 2023.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.