Bencana alam, pembalakan haram didakwa punca krisis ekologi di Indonesia
Pada November lalu, banjir besar dan tanah runtuh di Sumatra, akibat Taufan Senyar, disifatkan sebagai bencana ekologi ekoran penebangan hutan besar-besaran dan pengurusan tadahan yang buruk.
Anggaran Waktu Membaca:
SUMATERA: Pada November lalu, banjir besar dan tanah runtuh di Sumatra, akibat Taufan Senyar, disifatkan sebagai bencana ekologi ekoran penebangan hutan besar-besaran dan pengurusan tadahan yang buruk.
Akibatnya, Presiden Indonesia Prabowo Subianto membatalkan permit belasan syarikat yang dituduh memburukkan krisis itu.
Namun, ia masih belum cukup untuk mencegah eksploitasi hutan di Indonesia.
"Kayu balak yang ditebang secara haram selalunya mempunyai hujung yang rata - kesan potongan gergaji berantai.
"Apabila banjir melanda, kayu seperti ini boleh dihanyutkan ke hilir - bertukar menjadi ‘pelantak’ yang memusnahkan apa sahaja di laluannya," kata penduduk Desa Geudumbak, Rustam Abdullah Hassan.
Selepas dimaklumkan tentang paras air yang naik, Rustam segera membawa keluarganya ke kawasan tanah tinggi.
Apabila air mula surut, lelaki berusia 50 tahun itu mendapati, rumahnya sudah lenyap.
"Waktu itu, bukan hanyut rumah saya tertimpa balok-balok itu. Pertama kali terobos rumah-rumah kami daerah sini, sampai kayu ini ke sungai mati di sana. Setelah sampai sungai mati, diroboh rumah-rumah warga hampir 400 lebih," katanya.
Bencana di Sumatra itu menjadi lebih teruk kerana penebangan hutan yang meluas di kawasan tadahan tinggi, yang mana penebangan haram menjadikan arus hujan lebat menjadi lebih dahsyat.
Langit-langit hutan bertindak seperti payung alami.
Apabila hujan, rangkaian akarnya menyerap dan menahan air, serta mencengkam tanah.
Namun, apabila pokok ditebang, perlindungan sedemikian lenyap kerana tiada akar untuk menyerap air dan mencengkam tanah.
Akhirnya, air hujan mengalir menyebabkan air sungai bahagian hilir naik.
Apabila ditimpa hujan lebat, tanah yang tidak mencengkam bumi pula boleh menjadi tanah runtuh.
Pemerintah akur bahawa pembasmian hutan menjadi antara punca bencana November lalu dan melancarkan audit sekitaran.
"Kami putuskan untuk membatalkan lesen 28 syarikat yang memiliki lesen ke atas 1.01 juta hektar. Kami dapati mereka melanggar undang-undang.
"Mereka bangunkan ladang di atas hutan yang dilindungi. Ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan undang-undang," kata Presiden Prabowo Subianto.
Pemerintah kini merancang memindahkan konsesi yang dibatalkan itu kepada dana kekayaan negara, Danantara.
Langkah itu menurutnya akan memusatkan dan mengukuhkan pengurusan ekonomi hijau.
Namun, para pengkritik percaya, rancangan itu berisiko memusatkan lebih banyak kuasa di tangan pemerintah.
"Danantara itu diciptakan dengan tujuan untuk menghasilkan keuntungan bagi negara Indonesia. Tujuannya, ekonomi.
"Kalau kemudian itu dialihkan untuk kemudian dikelola agar mendapatkan ekonomi, ya apa bezanya?
"Yang saya atau kami inginkan adalah diubah menjadi kawasan hutan lindung, kawasan hutan khusus yang memang tidak lagi dipergunakan untuk kepentingan ekonomi," kata Pengarah Eksekutif di Institut Pembela Sekitaran & Hak Asasi Manusia, Aceh, Nabhabi Yustisi.
Pada Februari, pemerintah melancarkan ASRI, iaitu program sekitaran bagi memulihkan tanah dan hutan.
"Itu juga sangat penting untuk penanaman kembali pohon-pohon di daerah-daerah yang sudah gundul.
"Di lingkungan masyarakat sendiri pun itu juga kita ada program ASRI dari pemerintah pusat untuk penanaman pohon kembali di lingkungan-lingkungan masyarakat supaya itu menjadi pelindung. Artinya itu sebagai sebuah upaya mitigasi juga," kata Setiausaha Serantau Aceh Utara, Jamaluddin.
Di kampung Geudumbak, usaha kini dilakukan untuk membersihkan kayu-kayu balak yang menyumbatkan aliran sungai.
Sebuah NGO tempatan pula menggunakan semula sebahagian daripada kayu itu bagi membina rumah-rumah sementara untuk para penduduk yang kehilangan rumah.
Namun, kebimbangan terus berlegar-legar berhubung banyaknya balak yang masih berada di dalam sungai.
"Sekarang sudah menjadi "sungai mati". Di bawahnya masih ada air dan informasi dari warga setempat itu banjir itu kadang banjir tahunan.
"Jadi sewaktu pastinya ketika air naik ke sini lagi, pasti kayu tersebut akan naik lagi. Itu yang kita takutkan. Nanti di suatu hari nanti kayu itu naik lagi, menyapu rumah warga lagi," kata Penyelaras Rumah Zakat, Rendy Kombih.

Sumber : CNA/SF/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.