Skip to main content

Dunia

Bencana alam dijangka memburuk di Myanmar

Hampir 150,000 penduduk Myanmar masih berada di lebih 320 tempat perlindungan sementara akibat banjir besar di bahagian tenggara negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Aug 2018 06:39PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 09:49PM

BAGO: Hampir 150,000 penduduk Myanmar masih berada di lebih 320 tempat perlindungan sementara akibat banjir besar di bahagian tenggara negara itu.

Banjir akibat hujan monsun menjejas empat wilayah - Bago, Karen, Mon dan Taninthari. Sejauh ini sekurang-kurangnya 12 orang disahkan mati.

Bencana alam tersebut dijangka bertambah buruk memandangkan musim tengkujuh di Myanmar sekarang baru memasuki tahap kemuncaknya.

Bahkan timbul kebimbangan, empangan-empangan airnya akan runtuh jika hujan lebat berterusan. Ketinggian air di 36 empangan dan kolam air sudah melepasi paras bahaya.

Awal minggu ini, ASEAN menyatakan pertubuhan serantau itu sedia untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada Myanmar bagi mangsa-mangsa banjir ini.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita