Bencana alam di Vietnam ragut 409 nyawa atau dilapor hilang pada 2025
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Bencana alam yang berlaku secara berterusan dan teruk sejak awal 2025 di Vietnam mengakibatkan 409 orang maut atau hilang selain 727 lagi cedera, dengan kerugian ekonomi dianggarkan melebihi 85 trilion VND (S$4.1 bilion), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Bencana turut menyebabkan 337,297 rumah runtuh, dihanyutkan, rosak atau kehilangan bumbung; serta 553,417 hektar sawah padi dan 376,792 hektar tanaman lain ditenggelami air dan rosak.
Timbalan Ketua Jabatan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Masyarakat dan Komunikasi di bawah Penguasa Pengurusan Bencana dan Daik Vietnam, Nguyen Ton Quan berkata 14 taufan dan lima lekukan tropika berlaku di Laut Timur setakat tahun ini.
Jumlah itu hanya kurang satu daripada rekod pada 2017, yang menyaksikan 20 taufan dan lekukan tropika.
Jumlah tahun ini bagaimanapun dijangka terus meningkat kerana lekukan tropika sedang aktif di perairan Filipina dan berkemungkinan memasuki Laut Timur dan menjadi taufan ke-15 dalam masa beberapa hari akan datang.
Encik Quan berkata hujan lebat luar biasa dan banjir besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini di 13 lembangan sungai di wilayah utara dan tengah Vietnam menyebabkan banjir teruk di kawasan bandar serta kawasan rendah.
Lebih membimbangkan, banyak kawasan dilanda pelbagai jenis bencana dalam tempoh masa yang singkat, mewujudkan corak bencana berganda, taufan berturut-turut, banjir berulang, banjir kilat dan tanah runtuh terutamanya di wilayah pergunungan utara, tengah dan kawasan tanah tinggi.
Semua kejadian ini menimbulkan ancaman serius terhadap infrastruktur pencegahan bencana, kemudahan awam dan sistem daik, sekali gus menyebabkan kerugian nyawa dan harta benda yang sangat besar.
Beliau meramalkan berbaki bulan 2025, masih terdapat risiko berlaku banjir besar di wilayah tengah.
Secara khusus, dalam masa beberapa hari akan datang, taufan ke-15 mungkin terbentuk di Laut Timur dan berpotensi melanda serta terus menyebabkan banjir di wilayah bahagian selatan-tengah.
Oleh itu, beliau menasihatkan agar pihak berkuasa tempatan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan kerosakan akibat banjir baru-baru ini agar bersedia menghadapi bencana alam yang bakal berlaku.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.