Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Benarkah golongan milenial kerap tukar kerja untuk penuhi aspirasi kerjaya?

Golongan millenial memilih untuk kerap menukar pekerjaan bagi memenuhi aspirasi kerjaya peribadi mereka, menurut firma huraian sumber manusia, Randstad Sdn Bhd (Randstad Malaysia).

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah golongan milenial kerap tukar kerja untuk penuhi aspirasi kerjaya?

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 10:30PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 10:33PM

KUALA LUMPUR: Golongan millenial memilih untuk kerap menukar pekerjaan bagi memenuhi aspirasi kerjaya peribadi mereka, menurut firma huraian sumber manusia, Randstad Sdn Bhd (Randstad Malaysia).

Pengarah Urusan Randstad Malaysia dan Singapura Jaya Dass berkata dorongan asas bagi golongan milenial adalah kelangsungan, dengan jaminan pekerjaan bukan satu norma malah menjadi kurang bermakna dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Beliau berkata ini kerana era pendigitalan dan automasi akan mengambil alih.

“Apabila milenial bertukar kerja, tindakan itu bukan sepenuhnya disebabkan mereka tidak setia kepada syarikat atau tidak bersedia untuk kekal bagi jaminan pekerjaan.

"Sebaliknya, mereka lebih berminat kepada kemajuan kerjaya dan mahu mencari majikan terbaik,” jelas Encik Dass kepada wartawan selepas majlis Anugerah Jenama Majikan 2019 Randstad Malaysia di Kuala Lumpur pada Khamis (22 Ogos).

Menurut beliau, dalam konteks keperluan generasi milenial, mereka sedang mencapai pengaturan kerja fleksibel yang hanya boleh menambah baik keseimbangan kerjaya-kehidupan dan meningkatkan produktiviti.

Antara sektor yang menarik bagi golongan milenial adalah minyak dan gas, pengangkutan serta logistik.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan