Benarkah buaian dan 'walker' bayi berbahaya?
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini tular di Tiktok mengenai bahaya menggunakan walker anak kecil.
Walker ini lazimnya digunakan atas tujuan untuk memudahkan kerja ibu dan kononnya boleh mempercepatkan proses anak berjalan. Ternyata fakta itu tidak benar! Ia hanyalah mitos semata-mata, menurut portal Keluarga.
Seorang doktor, Dr Irma Izzati memuatnaikkan video yang dengan lantang menegaskan bahayanya jika anak itu dipakaikan walker walaupun dalam pemantauan rapi.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana masih ada ibu bapa di Malaysia yang menggunakan walker untuk anak mereka.
Katanya lagi, kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba walaupun dengan pemantauan rapi.
Mungkin ada ibu bapa yang memberikan alasan bahawa sebelum ini mereka pernah menggunakan walker tapi tiada apa yang berlaku.
Ada juga ibu bapa yang memberi alasan bahawa ibu bapa sedang sibuk bekerja, jadi dengan meletakkan anak di walker anak itu akan selamat.
Ini menunjukkan keangkuhan ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan anak.
Canada misalnya melarang penggunaan walker kerana setiap hari mesti ada kanak-kanak yang mengalami kecederaan yang disebabkan oleh walker atau buaian.
Dr Irma sendiri pernah melihat di depan matanya sendiri kanak-kanak meninggal dunia disebabkan oleh walker.
Dr Irma juga menolak kenyataan bahawa anak yang menggunakan walker lebih cepat berjalan. Beliau berpendapat bahawa ia tidak betul sama sekali.
“Yang cakap budak lebih cepat berjalan sebab guna walker tu korang belajar dari mana sayang?" tanya Dr Irma di TikTok video itu.
“Budak yang belajar berjalan tanpa menggunakan walker lebih kuat sebab dia menggunakan otot, otot badan, otot tangan dan otot otak sekali!” jelas Dr Irma, seperti dipetik Keluarga.
Harapan Dr Irma agar lebih ramai lagi ibu bapa akan menyedari keburukan menggunakan walker untuk anak mereka dan supaya mereka lebih bijak memilih alat untuk anak masing-masing.

Sumber : Sumber Web/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.