Skip to main content

Dunia

Benarkah ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan, tanya ketua setiausaha negara

Katanya beliau juga sudah mengarahkan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan tindakan khianat yang bertujuan menjejas pentadbiran dan kerajaan semasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah ada kegiatan sabotaj dalam kerajaan, tanya ketua setiausaha negara

Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa. (Gambar: Instagram/dralihamsa)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 01:32PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 01:46PM

PUTRAJAYA: Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan diarah menjalankan siasatan terhadap kemungkinan sabotaj berlaku dalam pentadbiran kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa.

Katanya beliau juga sudah mengarahkan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan tindakan khianat yang bertujuan menjejas pentadbiran dan kerajaan semasa.

"Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing.

"Saya sendiri akan menangani perkara tersebut," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat (27 Jul).

Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli laporan akhbar The Sun Daily bertajuk "Un-civil servants" pada Jumaat (27 Jul) mengenai sabotaj oleh penjawat awam kanan terhadap pelan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Encik Ali berkata tiada sebarang tolak ansur terhadap sebarang percubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku, tanpa rasa takut atau memihak," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pentadbiran awam akan sentiasa menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan semasa berikutan keputusan Pilihan Raya Umum pada Mei lalu.

"Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik harus didukung," kata Encik Ali.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita