Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belum nampak sebelum ini, ular bermata tiga ditemui di lebuh raya

Pihak berkuasa hidupan liar Australia membuat penemuan luar biasa apabila mereka terjumpa ular bermata tiga berhampiran bandar Darwin.

Anggaran Waktu Membaca:
Belum nampak sebelum ini, ular bermata tiga ditemui di lebuh raya

(Gambar: Northern Territory Parks and Wildlife/Facebook)

Diterbitkan : 02 May 2019 11:20PM Dikemas Kini : 02 May 2019 11:24PM

DARWIN: Pihak berkuasa hidupan liar Australia membuat penemuan luar biasa apabila mereka terjumpa ular bermata tiga berhampiran bandar Darwin.

Reptilia yang unik itu ditemui para renjer di Lebuh raya Arnhem berhampiran bandar Humpty Doo. Demikian menurut Suruhanjaya Hidupan Liar dan Taman Wilayah Utara dalam catatannya di Facebook pada Rabu (1 Mei).

Hasil imbasan x-ray mendedahkan ular berukuran 40 sentimeter itu mempunyai hanya satu tengkorak dengan rongga mata tambahan dan tiga mata yang berfungsi, bukan dua kepala berasingan yang "tercantum bersama".

"Secara umumnya para pakar setuju bahawa mata itu mungkin tumbuh sangat awal semasa peringkat perkembangan embrionik," tulis suruhanjaya tersebut.

"Agak mustahil keadaan tersebut disebabkan oleh faktor persekitaran dan hampir pasti berlaku secara semula jadi kerana reptilia yang cacat bentuknya agak biasa berlaku," menurutnya lagi.

Pihak berkuasa hidupan liar memberitahu BBC bahawa ular tersebut mengalami kesukaran untuk makan kerana kecacatannya.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan