Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belon udara panas mendarat cemas akibatkan 7 penumpang cedera

Beberapa orang cedera selepas sebuah belon udara panas membuat pendaratan cemas di Lembah Yarra.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Feb 2018 09:14PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 09:32PM

AUSTRALIA: Beberapa orang cedera selepas sebuah belon udara panas membuat pendaratan cemas di Lembah Yarra.

Polis di tempat kejadian berkata para penumpang terhempas dari bakul belon udara tersebut ketika juruterbang cuba mendarat.

Khidmat kecemasan segera merawat para penumpang yang mengalami kecederaan di bahagian leher dan belakang di tempat kejadian, sebelum mengejarkan tujuh orang ke hospital.

Menurut para pegawai, belon udara panas ini berlepas pada 7.00 pagi waktu tempatan dari Glenburn dan mendarat sejauh kira-kira 25 kilometer.

Ia membuat pendaratan 20 minit kemudian di Dixon's Creek di Lembah Yarra, 60 kilometer di utara Melbourne. 

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan