Belon merah dipasang pada runtuhan bangunan di Turki bagi peringati mangsa kanak-kanak gempa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
HATAY: Belon-belon merah dipasang pada ceracak-ceracak besi bangunan yang runtuh akibat gempa bumi dahsyat di bandar Hatay.
Ia bertujuan untuk memperingati setiap anak yang terkorban akibat bencana gempa.
Projek "Hadiah terakhir kepada kanak-kanak" itu meliputi seluruh bandar tersebut.
Bandar Hatay merupakan salah satu tapak yang terjejas teruk akibat gempa bumi di Turki.
80 peratus mangsa gempa Turki adalah di Hatay.
Hampir kesemua gerakan mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi di Turki dihentikan.
Agensi Pengurusan Bencana Turki menyatakan operasi menyelamat masih diteruskan di dua wilayah sahaja, iaitu Kahramanmaras dan Hatay, yang paling teruk terjejas.
Setakat ini, lebih 46,000 orang disahkan meninggal dunia di Turki dan Syria akibat bencana alam itu, dengan sekitar 41,000 daripadanya di Turki.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.