Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belgium wajibkan kuarantin 3 minggu bagi pesakit cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium wajibkan kuarantin 3 minggu bagi pesakit cacar monyet

(Gambar: BSIP/UIG via Getty Images)

SYDNEY: Belgium menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan kuarantin bagi pesakit cacar monyet, sedang ia terus menular dengan begitu pantas. 

Di bawah undang-undang baru, mereka yang diuji positif di Belgium dikehendaki menjalani tempoh kuarantin wajib selama 21 hari untuk membendung penularan penyakit cacar monyet tersebut. 

Kes pertama di Belgium dikesan pada Jumaat (20 Mei), sebelum lagi dua disahkan, disusuli dengan yang keempat pada Sabtu (21 Mei). 

Ketiga-tiga kes itu dipercayai berhubung kait dengan pesta Darklands di Antwerp, manakala kes-kes di Sepanyol pula dipercayai berhubung kait dengan sebuah acara di bilik mandi sauna bagi dewasa. 

"Ada sebab untuk kami menganggap virus ini dibawa masuk oleh pelawat luar negara di acara tersebut setelah penyakit ini dikesan di negara-negara lain baru-baru ini," menurut penganjur pesta Darklands. 

Doktor kesihatan awam Belgium dan Profesor Virologi Marc Van Ranst berkata, "penting untuk semua orang yang menghadiri pesta Darklands itu kekal berjaga-jaga terhadap sebarang gejala", sambil menambah bahawa skala penularan itu "semakin jelas", menurut catatannya di Twitter. 

"Ini tidak pernah berlaku dengan virus cacar monyet," katanya. 

Sepanjang hujung minggu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 92 kes setakat ini di 12 negara berbeza, termasuk Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat. 

Sejak itu, kes baru juga dikesan di Israel, Austria dan Switzerland, manakala di UK, Dr Susan Hopkins dari Agensi Kesihatan Awam England memberitahu BBC pada Ahad (22 Mei) bahawa pihak berkuasa "mengesan lebih banyak kes baru setiap hari". 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan