Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belgium tarik balik undangan aktivis pro-Palestin atas tekanan Israel

Belgium menarik balik undangan kepada seorang aktivis pro-Palestin untuk memberi ucapan di hadapan Majlis Keselamatan PBB. Ini setelah Belgium, yang kini mempengerusikan Majlis itu, menghadapi tekanan dari Israel, menurut aktivis itu pada Jumaat (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium tarik balik undangan aktivis pro-Palestin atas tekanan Israel

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Feb 2020 03:19PM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 03:26PM

BAITULMAKDIS: Belgium menarik balik undangan kepada seorang aktivis pro-Palestin untuk memberi ucapan di hadapan Majlis Keselamatan PBB. Ini setelah Belgium, yang kini mempengerusikan Majlis itu, menghadapi tekanan dari Israel, menurut aktivis itu pada Jumaat (21 Feb).

Ben Parker, penasihat kanan di badan dipanggil Defence for Children International-Palestine (DCI-P) telah diundang oleh Brussels untuk memberi ucapan di PBB berhubung tuduhan pelanggaran hak asasi kemanusiaan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki.

Israel mendakwa beliau terlalu berat sebelah untuk berucap di forum itu dan memanggil diplomat Belgium untuk membantah secara rasmi undangan tersebut.

Encik Parker memberitahu AFP bahawa beliau tidak lagi akan berucap di hadapan badan dunia itu selepas dimaklumkan bahawa syarat bagi mesyuarat itu sudah diubah.

"Apa yang saya diberitahu pada Isnin adalah bahawa pemerintah Belgium telah mengubah syarat taklimat supaya rundingan diadakan secara tertutup, bermakna saya tidak akan berucap," kata Encik Parker kepada AFP, sambil menambah beliau "sangat kecewa".

Beliau berkata beliau merancang untuk memberikan "kenyataan berasaskan bukti" mengenai "pencabulan serius di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki dari tahun 2014 hingga akhir tahun 2019".

"Adalah amat mengecewakan sekali lagi bahawa konteks politik berjaya menutup mulut kita."

DCI-P menganggap ia adalah sebuah badan yang berusaha melindungi "hak asasi kanak-kanak Palestin".

Israel mendakwa lembaga NGO itu terdiri daripada individu-individu yang ada kaitan dengan parti haluan kiri Barisan Popular Pembebasan Palestin, yang dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Israel.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Lior Haiat mendakwa Encik Parker "terkenal dengan kedudukan melampau terhadap Israel".

Duta Israel ke Belgium dan Luxembourg, Emmanuel Nahshon, menulis di Twitter awal bulan ini bahawa tindakan mengundang Encik Parker untuk bercakap mencipta "ketegangan yang tidak perlu" yang "mudah dielakkan".

Encik Parker berkata tuduhan Israel terhadapnya adalah "usaha untuk melenyapkan kerja-kerja hak asasi yang mendedahkan realiti bagi kanak-kanak yang terjejas oleh penaklukan tentera Israel."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan