Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belgium ikrar sokongan padu kepada Afrika Selatan dalam kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium ikrar sokongan padu kepada Afrika Selatan dalam kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Bendera Afrika Selatan dan Palestin di luar bangunan perbandaran di Bethlehem di Tebing Barat pada 12 Jan 2024. (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 21 Jan 2024 12:08PM Dikemas Kini : 21 Jan 2024 01:58PM
BRUSSELS: Belgium telah berikrar akan menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.

Afrika Selatan telah menuduh Israel melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Belgium akan memberikan sokongan sekiranya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel supaya menghentikan operasi tenteranya di Gaza.

Ikrar itu diumumkan oleh Menteri Kerjasama Pembangunan Belgium, Caroline Gennez, melalui catatannya di laman sosial X.

Cik Gennez turut mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi Belgium terhadap kes itu jika ICJ menggesa Israel menghentikan operasi tenteranya di Gaza.

Menteri itu juga berjanji akan meneruskan komitmen untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.

Selain itu, Belgium juga mengesahkan usaha berterusannya dalam Kesatuan Eropah dan di peringkat antarabangsa untuk menggesa gencatan senjata segera dimeterai.

Ini di samping memberikan akses penuh kepada bantuan kemanusiaan dan menggesa Israel supaya mematuhi undang-undang antarabangsa.
Sumber : AGENCIES/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan