Belgium dijangka musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
BRUSSELS: Pemerintah Belgium pada Isnin (19 Jun) mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin COVID-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.
"Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang COVID-19," kata Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan parlimen persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.
Encik Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.
Keputusan itu hanya berkaitan dengan vaksin jenis baru yang telah dibangunkan, katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.