Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belgium beri elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Belgium beri elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja

Gambar: iStock

Diterbitkan : 02 May 2023 02:14PM Dikemas Kini : 02 May 2023 02:15PM
BRUSSELS: Belgium akan mula memberikan elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja, bermula Isnin (1 Mei).

Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari, menurut agensi berita Anadolu.

Mereka yang mengayuh basikal ke tempat kerja akan menerima elaun sebanyak AS$0.30 (S$0.40) setiap kilometer yang dikecualikan cukai dan tertakluk kepada pelarasan tahunan mengikut inflasi.

Had harian untuk elaun telah ditetapkan pada 40 kilometer, bayaran akan dibuat setiap bulan bersama gaji tetap.

Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai untuk penggunaan e-basikal dan speed pedelec.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan