Belanjawan pertahanan China naik 8.1% pada 2018
China mengumumkan hari ini (5 Mac) bahawa ia akan menaikkan belanjawan bagi pertahanannya tahun ini. Ini sekali gus merupakan kali pertama sejak dua tahun lalu, negara itu melaburkan jumlah lebih tinggi bagi angkatan bersenjata terbesar di dunia itu.

Gambar fail tentera China.
BEIJING: China mengumumkan hari ini (5 Mac) bahawa ia akan menaikkan belanjawan bagi pertahanannya tahun ini. Ini sekali gus merupakan kali pertama sejak dua tahun lalu, negara itu melaburkan jumlah lebih tinggi bagi angkatan bersenjata terbesar di dunia itu.
Menurut laporan, China akan melaburkan 1.11 trilion yuan (S$230 bilion) dalam sektor pertahanannya, seperti ditukil agensi berita Xinhua.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding kenaikan tujuh peratus tahun lalu dan 7.6 peratus pada 2016, menandakan kali pertama dalam tempoh enam tahun pertumbuhannya bukan angka berganda.
China melaburkan $151 bilion dalam tenteranya tahun lalu, belanjawan pertahanan kedua terbesar di dunia. Namun jumlah itu tiga kali ganda lebih rendah berbanding jumlah yang dilaburkan Amerika Syarikat yang mencecah $603 bilion.
Kenaikan belanjawan pertahanannya sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Ekonomi China tumbuh 6.9 peratus pada 2017 dan Pemerintah menyatakan hari ini (5 Mac) bahawa ia menyasarkan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus pada tahun 2018.
Langkah China terus mendapat perhatian negara-negara jiran dan Amerika Syarikat apa lagi memandangkan ia giat memodenkan tenteranya. Jumlah tentera daratnya kini dikurangkan kepada hanya 2 juta askar namun ia terus meningkatkan perbelanjaan bagi senjatanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.