Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belanjawan M'sia: Kerajaan digesa beri tumpuan kepada kesaksamaan jantina

Pandemik COVID-19 menjejas segenap masyarakat, khususnya bagi wanita dalam tiga bidang: pekerjaan, perlindungan dari keganasan akibat jantina dan akses kepada jagaan kesihatan. Lantas kumpulan sokongan di M'sia gesa pendekatan inklusif diutamakan dalam Belanjawan yang akan dibentangkan kelak.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan M'sia: Kerajaan digesa beri tumpuan kepada kesaksamaan jantina

Gambar fail wanita di Malaysia. (Gambar hiasan: AFP/TENGKU BAHAR)

KUALA LUMPUR: Kumpulan-kumpulan sokongan wanita di Malaysia menggesa kerajaan untuk melaksanakan Belanjawan 2022 yang tertumpu kepada kesaksamaan jantina.

Mereka berkata, jurang jantina di Malaysia semakin luas akibat pandemik dengan golongan wanita yang paling terjejas.

Antara golongan wanita yang sedang menghadapi masa-masa sukar kini adalah Ina, 47 tahun.

Beliau hilang pekerjaannya sebagai seorang pekerja pembersihan di sebuah hotel bila pandemik COVID-19 melanda tahun lalu.

Tidak lama kemudian ibunya pula jatuh sakit dan terlantar di katil.

Ina, seorang ibu tunggal tidak lagi boleh keluar mencari nafkah.

Beliau kini perlu menjadi penjaga utama bagi ibunya yang sakit serta dua anaknya, seorang daripadanya kanak-kanak berkeperluan khas.

"Sejak COVID ini kadang-kadang memanglah menyusahkan kita. Nak meniaga tak boleh, kerja pun tak ada , dah kena buang," kongsi Cik Ina kepada Mediacorp.

"Saya pun ada juga dulu pernah nak putus asa sekali, sampai rasa nak terjun bangunan dah. Rasa macam kita dah tak boleh nak fikir macam mana lagi. COVID tu ada bantuan, orang yang terkesan tu mereka beri barang asas."

Semasa pandemik, lebih banyak pengalaman seperti yang ditempuhi Ina telah dilaporkan. Para pemerhati menarik perhatian, halangan yang dihadapi wanita di Malaysia paling terkesan terutama dalam tiga bidang iaitu pekerjaan, perlindungan dari keganasan akibat jantina dan akses kepada jagaan kesihatan.


Pertubuhan masyarakat sivil dan ahli politik pembangkang di Malaysia bersatu untuk meningkatkan kesedaran tentang cabaran wanita-wanita yang terdedah kepada risiko.

Mereka menyeru kerajaan untuk melaksanakan Belanjawan lebih inklusif terhadap kesaksamaan jantina bagi 2022.

Ini mungkin bermakna peruntukan khusus bagi kedua-dua lelaki dan wanita untuk menangani jurang jantina dalam masyarakat yang diburukkan oleh pandemik.

Ketua Wanita Parti Keadlilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata: "Dalam process Bajet itu, kita memastikan bahawa ada equitable access to resources (akses saksama kepada sumber) - maksudnya ada kesaksamaan antara lelaki dan wanita untuk mendapat akses kepada peruntukan belanjawan negara itu. Ianya untuk memastikan keperluan lelaki dan wanita, anak lelaki dan anak perempuan itu diseimbangkan."

Antara keutamaan bagi belanjawan berdasarkan jantina adalah lebih sokongan untuk wanita dalam tenaga kerja, lebih kemudahan dan penjagaan bagi mangsa keganasan domestik dan lebih tumpuan kepada kesihatan mental.

Untuk melengkapinya, Parti komponen PKR juga melancarkan peta hala tuju awal minggu ini, dengan tujuan mencapai kesaksamaan jantina menjelang 2030.

Belanjawan Malaysia akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen esok (29 Okt). 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa