Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belanjawan 2023 M'sia dijangka tertumpu kepada usaha bantu perniagaan, pembayar cukai

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Belanjawan 2023 Malaysia, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober, dijangka lebih tertumpu kepada usaha membantu kalangan perniagaan dan pembayar cukai individu berikutan keadaan negara yang kini dalam proses pemulihan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Mohd Nizom Sairi berkata Menteri Kewangan Zafrul Abdul Aziz dijangka membuat pengumuman dalam bentuk insentif atau pelepasan cukai berdasarkan keadaan serta keperluan semasa pembayar cukai.

"Kerajaan juga memerlukan hasil cukai yang lebih agar dapat berbelanja untuk kepentingan rakyat. Oleh itu, perlu ada keseimbangan agar tidak memberi pelepasan yang (sebaliknya) menyebabkan program pembangunan negara tidak dapat dijalankan," katanya kepada wartawan selepas majlis Konvokesyen Akademi Percukaian Malaysia (APM) di Putrajaya pada Rabu (21 Sep).

Selain itu, Encik Mohd Nizom berkata LHDN yakin dapat mencapai sasaran hasil kutipan cukai langsung melebihi RM139.3 bilion (S$42.7 bilion) tahun ini, selaras dengan perkara digariskan dalam Belanjawan 2022 berikutan perkembangan positif ekonomi pascapandemik COVID-19.

Jelas beliau, LHDN kini di landasan untuk mencapai sasaran Belanjawan 2022 memandangkan kini di suku terakhir.

"Ini petanda bahawa pertumbuhan ekonomi adalah seperti dijangkakan kerajaan. Keadaan semasa dari segi sumbangan perniagaan dan individu kepada percukaian juga menunjukkan negara di landasan tepat untuk proses pemulihan," katanya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan