Skip to main content

Dunia

Belanda minta Israel beri penjelasan kematian wartawan Al Jazeera di Gaza

Belanda berhasrat meminta Israel memberi penjelasan mengenai keadaan kematian wartawan Al Jazeera di Carikan Gaza, menurut seorang jurucakap Kementerian Luar Belanda pada Selasa (12 Ogos), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanda minta Israel beri penjelasan kematian wartawan Al Jazeera di Gaza

Penunjuk perasaan memegang gambar dan papan tanda mengecam pembunuhan pasukan berita Al Jazeera dalam serangan Israel semalaman di Bandar Gaza, semasa majlis peringatan di Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki pada 11 Ogos 2025. (Gambar: AFP/Zain Jaafar)

MOSKO: Belanda berhasrat meminta Israel memberi penjelasan mengenai keadaan kematian wartawan Al Jazeera di Carikan Gaza, menurut seorang jurucakap Kementerian Luar Belanda pada Selasa (12 Ogos), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Ahad, Al Jazeera melaporkan kematian empat kakitangannya, termasuk seorang wartawan terkenal, Anas Al-Sharif, selepas Israel menyerang sebuah khemah wartawan berhampiran sebuah hospital di Bandaraya Gaza.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengaku melancarkan serangan ke atas Al-Sharif, yang dituduh bekerja untuk kumpulan Palestin Hamas.

Penyiar itu kemudian mengemas kini jumlah kakitangannya yang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza kepada lima orang.

"Israel mesti sentiasa bertindak selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa... Belanda, seperti juga Jerman, meminta penjelasan mengenai perkara ini," kata jurucakap Kementerian Luar itu seperti yang dipetik oleh penyiar NOS.

Pemerintah Belanda menuntut agar Israel mengemukakan bukti yang boleh menyokong dakwaan bahawa Al-Sharif bekerja untuk Hamas, lapor penyiar itu.

"Kewajipan untuk membuktikan dakwaan sedemikian terletak pada Israel," kata jurucakap itu.

Semasa mesyuarat menteri-menteri Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin, Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp turut menarik perhatian kepada peningkatan keganasan terhadap wartawan semasa konflik di Gaza, tambah jurucakap itu.
Sumber : Bernama/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita