Belanda beri amaran penggodam disokong Rusia ceroboh akaun Signal, WhatsApp pegawai, wartawan
Anggaran Waktu Membaca:
AMSTERDAM: Penggodam yang disokong Rusia melancarkan kempen siber global untuk mendapatkan akses kepada akaun Signal dan WhatsApp yang digunakan oleh para pegawai, anggota tentera dan wartawan, menurut amaran daripada dua agensi perisikan di Belanda pada Isnin (9 Mac).
Pengguna dipujuk oleh penggodam berkenaan untuk mendedahkan butiran pengesahan pengenalan dan kod laluan, yang memberi mereka akses kepada akaun peribadi dan kumpulan sembang, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
"Penggodam Rusia kemungkinan besar telah mendapat akses kepada maklumat sensitif," kata Agensi Perisikan Umum Belanda (AIVD) dan Perkhidmatan Perisikan dan Keselamatan Tentera Belanda (MIVD).
"Sasaran dan mangsa kempen ini termasuk para pekerja kerajaan Belanda" dan wartawan, kata agensi-agensi tersebut.
Aplikasi sembang yang menawarkan penyulitan lengkap itu paling digemari para pegawai kerajaan untuk berkongsi maklumat sulit, menjadikannya "tempat yang terbaik untuk pelaku berniat jahat cuba mendapatkan maklumat sensitif," kata mereka.
WhatsApp, dalam reaksi yang dihantar kepada Reuters, berkata pengguna tidak sepatutnya berkongsi kod enam digit mereka dengan orang lain dan bahawa ia terus menerus menyediakan cara untuk melindungi orang ramai daripada ancaman dalam talian.
Signal tidak dapat dihubungi serta-merta untuk mendapatkan komen.
PENGGUNA DIPUJUK UNTUK BERKONGSI KOD PENGESAHAN
Penggodam paling kerap menyamar sebagai bot sembang sokongan Signal untuk mendorong sasaran mendedahkan kod mereka, sekaligus membolehkan penggodam mengawal akaun mereka, kata kenyataan itu.
Kaedah lain adalah dengan menggunakan fungsi 'peranti yang dipautkan' dalam Signal, katanya.
Kenalan yang muncul dua kali dalam senarai kenalan pengguna, atau nombor yang muncul sebagai 'akaun yang dipadam' mungkin menunjukkan bahawa akaun telah dicerobohi, kata agensi-agensi tersebut.
Pihak berkuasa Belanda mengeluarkan nasihat siber yang memaklumkan rakan-rakan mereka dalam kerajaan tentang kelemahan tersebut dan menyediakan bantuan untuk menghapuskan ancaman berkenaan, kata seorang jurucakap, sambil merujuk kepada operasi bersama dengan perkhidmatan perisikan am AIVD.
"Walaupun terdapat pilihan penyulitan antara penghantar dengan penerima pesanan, aplikasi pesanan seperti Signal dan WhatsApp tidak boleh digunakan sebagai saluran untuk maklumat sulit atau sensitif," kata pengarah MIVD, Laksamana Madya Peter Reesink.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.