Belanda adakan pilihan raya umum pada 29 Okt
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Belanda Dick Schoof. (Gambar fail: AP)
HAGUE: Belanda akan mengadakan pilihan raya umum baharu pada 29 Oktober ini, umum Menteri Dalam Negeri dan Perhubungan Pemerintah Judith Uitermark pada Jumaat (6 Jun), lapor Agensi Berita Xinhua.
Majlis Pilihan Raya mencadangkan tarikh itu kepada menteri berkenaan, yang menerima syor itu dan menyerahkannya kepada Jemaah Menteri pada hari sama.
Cadangan itu kemudiannya diluluskan, menjadikan tarikh pilihan raya itu rasmi.
Selepas pemerintah Belanda tumbang pada Selasa (3 Jun), ahli Parlimen mendesak agar pilihan raya diadakan secepat mungkin.
Sehingga itu, pemerintah sementara tanpa penyertaan Party for Freedom (PVV) — yang menarik diri daripada gabungan pemerintah berhubung percanggahan pendapat mengenai dasar migrasi — akan terus menguruskan urusan harian pentadbiran.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.