Belalai air di Pantai Kok Langkawi gemparkan pengunjung
Orang ramai di sekitar Telaga Habour Park berhampiran Pantai Kok, Langkawi, 'dikejutkan' dengan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang berlaku selama kira-kira 10 minit pagi tadi (21 Ogos).

Fenomena belalai air disaksikan berlaku di Pantai Kok, Langkawi, pada 21 Ogos 2019. (Petikan video: Langkawi Mai Mai/Facebook)
LANGKAWI: Orang ramai di sekitar Telaga Habour Park berhampiran Pantai Kok, Langkawi, 'dikejutkan' dengan fenomena belalai air atau puting beliung kecil yang berlaku selama kira-kira 10 minit pagi tadi (21 Ogos).
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Kapten (PA) Shahfikri Darus berkata kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11.00 pagi itu turut disusuli dengan hujan lebat dan angin kencang.
"Bagaimanapun setakat 2.00 petang ini, tiada sebarang laporan kerosakan akibat fenomena tersebut dilaporkan.
"Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian tersebut merupakan fenomena cuaca yang normal," jelas Encik Shahfikri.
Kejadian tersebut difahamkan turut dilihat secara dekat oleh sekumpulan 80 pelancong yang berada di pulau buatan, Paradise 101, yang terletak berhampiran tempat fenomena itu berlaku.
Fenomena tersebut menjadi tular selepas penduduk pulau itu berkongsi gambar dan video dalam media sosial seperti Facebook, Twitter serta aplikasi WhatsApp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.