Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas tentera laut AS diberkas kerana rancang serangan di San Francisco

Ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI) menangkap seorang bekas askar marin Amerika Syarikat kerana didakwa merancang satu serangan di kota San Francisco sempena sambutan Krismas.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas tentera laut AS diberkas kerana rancang serangan di San Francisco

Everitt Aaron Jameson merancang untuk menyerang Pier 39 di San Francisco yang biasanya sesak pada hari Krismas. (Gambar: DANIEL SLIM/AFP)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 05:54PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 06:03PM

LOS ANGELES: Ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI) menangkap seorang bekas askar marin Amerika Syarikat kerana didakwa merancang satu serangan di kota San Francisco sempena sambutan Krismas.

Menurut pihak berkuasa, Everitt Aaron Jameson yang ditangkap semalam (22 Dis), merancang untuk melancarkan serangan di Pier 39, iaitu sebuah destinasi pelancongan.

Suspek yang berusia 26 tahun itu mendedahkan kepada ejen FBI tentang rancangannya untuk menggunakan bahan letupan yang disasarkan kepada orang ramai di tempat berkenaan yang selalunya sesak semasa Krismas.

Menurut dokumen FBI, Jameson berkata bahawa dia tidak perlu rancangan bagi melarikan diri kerana dia "bersedia untuk mati".

Ejen risikan FBI turut menemui surat wasiat suspek serta senjata dan peluru semasa serbuan ke atas rumahnya.

Suspek mendapat perhatian FBI sejak September lalu selepas dia menzahirkan sokongan terhadap serangan-serangan yang dilancarkan ISIS.

Sebelum ini, dia pernah menyuarakan sokongannya terhadap serangan pada 31 Oktober di New York di mana seorang pengganas merempuh kenderaan yang dipandunya ke sebuah lorong basikal sekaligus membunuh lapan orang.

Selain itu, dia juga giat 'like' catatan-catatan di Facebook yang menyokong ISIS termasuk gambar Santa Claus yang berdiri di tengah-tengah New York dengan dinamit, menurut FBI.

Dia juga pernah didakwa di California atas percubaan menghulurkan bantuan kepada sebuah pertubuhan penganas asing.  

Sumber : AFP/MM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa