Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas tentera didakwa bunuh isteri

Seorang bekas tentera didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (16 Jul) atas pertuduhan membunuh isterinya, awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas tentera didakwa bunuh isteri

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 12:57PM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 12:59PM

MELAKA: Seorang bekas tentera didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (16 Jul) atas pertuduhan membunuh isterinya, awal bulan ini.

Mahat Jalil, 56 tahun, didakwa membunuh Samnah Mohamed, 55 tahun, seorang suri rumah di sebuah rumah di Taman Seri Duyong Fasa Dua pada jam 10.22 pagi, 3 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Teoh Shu Yee, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh di Hospital Permai, Johor Bahru mengikut Kanun Prosedur Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Najwa Nazari manakala Mahat tidak diwakili peguam.

Awal dari itu, ketika dalam kandang tertuduh, sejurus jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya, lelaki itu sempat berkata kepada Majistret, “saya sayang isteri saya”.

Sumber : Bernama/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa