Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas raja Nepal positif COVID-19 selepas pesta keagamaan India

 Bekas raja dan ratu Nepal disahkan positif COVID-19 selepas mereka pulang daripada pesta keagamaan di India yang dihadiri oleh jutaan penganut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas raja Nepal positif COVID-19 selepas pesta keagamaan India

Bekas raja Gyanendra Bir Bikram Shah, dan ratunya Komal Rajya Laxmi Devi Shah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 06:41PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 06:44PM

KATHMANDU: Bekas raja dan ratu Nepal disahkan positif COVID-19 selepas mereka pulang daripada pesta keagamaan di India yang dihadiri oleh jutaan penganut.

Bekas raja Gyanendra Bir Bikram Shah, 73, dan ratunya Komal Rajya Laxmi Devi Shah, 70, pulang ke Kathmandu pada Ahad selepas lawatan selama seminggu ke India untuk meraikan Kumbh Mela.

Setiausaha media Shah, Phani Raj Pathak, mengesahkan pasangan itu positif COVID-19.

"Mereka menjalani kuarantin sendiri di Nirmal Niwas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (20 Apr), merujuk kepada tempat tinggal mereka.

Terdapat tekanan meningkat supaya festival itu dihentikan, yang menarik seramai 25 juta orang sejak Januari, ketika India menghadapi cabaran mengekang penularan koronavirus.

Para pakar kesihatan mengingatkan bahawa ia boleh berubah menjadi acara 'yang menyebabkan kes koronavirus melonjak dengan mendadak' kerana para penganut yang kebanyakannya mengabaikan nasihat rasmi untuk menjaga langkah jarak sosial sudah pulang ke kota dan desa di seluruh India dan luar negeri.

Seorang pelawat Hindu meninggal dunia akibat COVID-19 selepas pesta itu dan ratusan yang lain disahkan positif.

Shah, raja terakhir Nepal, naik takhta pada tahun 2001 selepas abangnya Birendra Bir Bikram Shah dan keluarganya dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai yang menyingkirkan sebahagian besar keluarga diraja.

Beliau mengundurkan diri daripada takhta pada bulan Jun 2008 selepas parlimen memilih untuk menghapuskan monarki Hindu berusia 240 tahun Nepal, dan sebaliknya mengubah negara itu menjadi republik sekular.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan