Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas presiden Argentina didakwa intip lebih 400 wartawan

Agensi Perisikan Persekutuan Argentina (AFI) menjalankan siasatan ke atas presiden negara itu, Mauricio Macri atas dakwaan mengintip lebih 400 wartawan, menurut sumber.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas presiden Argentina didakwa intip lebih 400 wartawan

Bekas presiden Argentina Mauricio Macri. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Jun 2020 10:14AM Dikemas Kini : 08 Jun 2020 10:37AM

BUENOS AIRES: Agensi Perisikan Persekutuan Argentina (AFI) menjalankan siasatan ke atas presiden negara itu, Mauricio Macri atas dakwaan mengintip lebih 400 wartawan, menurut sumber.

Sumber mendedahkan, beberapa wartawan luar negara termasuk wakil AFP termasuk dalam satu senarai orang yang disiasat berkaitan sidang puncak Kumpulan 20 (G20) dan sidang puncak Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang berlangsung di Buenos Aires beberapa tahun kebelakangan ini.

"Aduan dibuat pada Jumaat dan esok (Isnin), semua bukti akan dikemukakan," menurut sumber tersebut kepada AFP yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sekitar 100 ahli akademik, ahli perniagaan dan tokoh terkemuka dalam kalangan masyarakat awam turut tersenarai.

Bukti berkaitan dengan kes itu ditemui dalam tiga dokumen dinamakan '2017', 'G20 Journalists' dan 'Miscellaneous', dalam peti keselamatan dalam sebuah pejabat bekas pengarah perisikan AFI.

"Siasatan ke atas wartawan jelas dan mudah. Mereka mencungkil maklumat daripada media sosial dan dengan cara itu membina profil ideologi dan politik," dakwa sumber itu.

Aduan dibuat oleh Cristina Caamano, yang ditugaskan oleh presiden berhaluan tengah-kiri, Encik Alberto Fernandez untuk menjalankan audit AFI sebagai sebahagian daripada proses penyusunan semula.

Menurut aduan itu, maklumat profil termasuk "pilihan politik, catatan di media sosial, simpati terhadap kumpulan feminis, kandungan politik dan budaya serta lain-lain lagi."

Komen berkenaan termasuk sama ada mereka mengkritik pemerintah Encik Macri sekarang, yang memegang jawatan dari 2015 sehingga 2019.

Komen lain pula merujuk kepada "menunjukkan sokongan untuk Peronisme", gerakan politik Encik Fernandez yang pada waktu itu adalah pihak pembangkang, "menyokong pemerintah", "meminta pembebasan Lula" mantan presiden berhaluan kiri Brazil yang dipenjara dan telah dibebaskan, di Facebook, atau jika mereka "menandatangani petisyen untuk membenarkan pengguguran bayi di bawah undang-undang".

Setiap profil ditanda sama ada hijau, kuning atau merah yang kononnya adalah petunjuk bertujuan membantu Kementerian Luar dalam proses pentauliahan untuk acara WTO dan G20.

Oleh itu, Encik Caamano memohon supaya siasatan dibuka terhadap bekas pengarah AFI, Gustavo Arribas dan timbalannya, Cik Silvia Majdalani serta Encik Macri iaitu individu yang didakwa bertanggungjawab merancang garis panduan strategik dan objektif dasar risikan nasional.

Sementara itu, aduan tersebut menyatakan bahawa pemeriksaan latar belakang wartawan "tidak diperintahkan atau disahkan oleh mana-mana hakim". 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan