Bekas PM Thailand Thaksin bebas dari penjara
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan lebih awal dari penjara pada Isnin (11 Mei), menurut wartawan AFP yang berada di luar penjara Bangkok.
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan secara bersyarat setelah menjalani hukuman penjara selama lapan bulan di Penjara Pusat Klong Prem, di Bangkok, Thailand, pada 11 Mei 2026. (Gambar: REUTERS/Athit Perawongmetha)
Hartawan telekomunikasi berusia 76 tahun itu menjalani hukuman penjara selama setahun atas kesalahan rasuah sejak September dan dikehendaki memakai alat pemantauan elektronik sepanjang tempoh probesyennya selama empat bulan.
Dengan rambut yang dipotong pendek dan mengenakan kemeja berwarna putih, Thaksin keluar dari penjara sekitar pukul 7.40 pagi waktu tempatan (pukul 8.40 pagi waktu Singapura).
Thaksin segera dikelilingi anggota keluarganya, termasuk anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra, yang disingkirkan daripada jawatan perdana menteri menerusi perintah mahkamah pada Ogos lalu, beberapa minggu sebelum Thaksin dipenjarakan.
Thaksin dilihat memeluk anggota keluarganya di luar penjara, di mana ratusan penyokong berbaju merah - warna rasmi penyokongnya - berkumpul sejak awal pagi Isnin, dengan sebahagian daripada mereka melaungkan “kami sayang Thaksin”, menurut seorang wartawan AFP.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.