Skip to main content

Dunia

Bekas PM Malaysia antara individu dipanggil SPRM berhubung kontrak kenderaan kerajaan sejak 1993

Agensi anti-rasuah Malaysia akan memanggil seorang mantan perdana menteri dan bekas menteri kewangan untuk membantu dalam siasatan terhadap kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat yang membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan sejak 1993.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Agensi anti-rasuah Malaysia akan memanggil seorang mantan perdana menteri dan bekas menteri kewangan untuk membantu dalam siasatan terhadap kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat yang membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan sejak 1993.

"Kami telah melihat sejarah penubuhan syarikat itu. Katakan (isu itu) berlaku pada 1998 atau 1999.

"Jadi sesiapa yang terbabit, termasuk perdana menteri dan menteri kewangan pada ketika itu, akan diambil kenyataan daripada mereka supaya kami dapat tahu apa yang mereka mengetahui tentang kes ini," kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki di sidang media pada Selasa (6 Feb), menurut laporan Free Malaysia Today (FMT).

Syarikat yang terbabit itu adalah Spanco - sebuah syarikat dari Malaysia yang menawarkan khidmat pengurusan kenderaan. Menurut lamannya, Spanco ditubuhkan pada 1988 dan kini mengendalikan lebih daripada 13,000 unit kenderaan.

Akhbar The New Straits Times (NST) menukil Encik Azam sebagai berkata bahawa SPRM kini tidak mendakwa sesiapa kerana siasatan itu masih berada di peringkat awal.

Para pegawai SPRM juga sedang menyemak fakta kes, katanya.

Dari 1981 hingga 2003, Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia. Beliau kemudian berkhidmat untuk penggal kedua sebagai perdana menteri dari 2018 hingga 2020.

Semasa penggal pertama Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia, beberapa individu memegang portfolio kewangan - mereka termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Daim Zainuddin, Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Dr Mahathir.

Akhbar FMT pada Isnin (5 Feb) melaporkan bahawa beliau telah mengambil "pendekatan tegas" terhadap syarikat itu pada tahun 1990an ketika beliau merupakan menteri kewangan, namun beliau tidak dapat lakukan apa-apa disebabkan oleh kekurangan 'kehendak politik'.

"Kini terdapat kehendak. Jadi, siasat. Saya tidak tahu di mana kesilapannya. Tetapi saya tahu ia tidak betul," katanya seperti dinukil berkata oleh wadah berita FMT.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita