Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas penyanyi nasyid M'sia ditahan tanam pokok ganja mungkin beli benih dalam talian

Polis tidak menolak kemungkinan seorang bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal di Malaysia yang ditahan kerana menanam pokok ganja dalam rumah sebelum ini, mendapatkan bekalan benih secara dalam talian.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan seorang bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal di Malaysia yang ditahan kerana menanam pokok ganja dalam rumah sebelum ini, mendapatkan bekalan benih secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan suspek berusia 47 tahun itu.

"Polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk kemungkinan suspek membeli bekalan itu secara dalam talian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu (26 Mac).

Mengulas lanjut Mohamad Fakhrudin memberitahu pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, polis mendedahkan siasatan mendapati bahawa suspek dipercayai menanam pokok ganja di dalam unit kondominium didiaminya untuk kegunaan sendiri sejak dua bulan lalu, seperti dinukil Astro AWANI.

Ketika serbuan di kondominium di Damansara pada Khamis (24 Mac), polis turut merampas 17 pasu pokok ganja selain ketulan mampat ganja seberat 214 gram dianggarkan bernilai RM10,700 (S$3,451).

Berdasarkan siasatan awal, suspek sudah lebih 10 tahun menjadi penagih aktif.

Suspek juga dipercayai menggunakan media sosial bagi mempelajari selok-belok memproses dadah tersebut, menurut Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan