Bekas pengetua sekolah 99 tahun rogol budak 10 tahun
Polis menahan seorang pengetua sekolah berusia 99 tahun yang sudah bersara kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di selatan wilayah Tamil Nadu.
(Gambar hiasan: Merdeka.com/Shutterstock)
NEW DEHLI: Polis menahan seorang pengetua sekolah berusia 99 tahun yang sudah bersara kerana dipercayai merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di selatan wilayah Tamil Nadu.
Menurut agensi berita Xinhua, bapa kepada tujuh orang anak itu diberkas pada Sabtu (7 Jul) di ibu kota Chennai atas tuduhan penganiayaan seks ke atas kanak-kanak perempuan yang tinggal di kejiranannya.
Para penyiasat mengatakan bahawa jenayah itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit di bahagian perutnya. Beliau dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan.
Menurut pihak berkuasa,suspek sudah mengaku bersalah.
"Dia sudah dihadapkan ke mahkamah dan direman selama 14 hari. Siasatan masih dijalankan," kata seorang pegawai kanan polis.
Sejak kes seorang mahasiswi perubatan berusia 23 tahun dirogol enam lelaki dalam sebuah bas di Delhi pada 2012, jenayah seksual terus mendapat perhatian di India.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.