Bekas pengetua Kolej Perubatan diberkas kes rogol, pembunuhan kejam doktor wanita di India
Anggaran Waktu Membaca:
KOLKATA: Polis Persekutuan India memaklumkan penahanan bekas Pengetua Kolej Perubatan R G Kar di Kolkata atas tuduhan rasuah, selepas satu siasatan dalam kes rogol dan pembunuhan kejam membabitkan seorang doktor wanita muda di premis terbabit.
Menurut Biro Siasatan Pusat (CBI), Sandip Ghosh, yang meletak jawatan sebagai pengetua kolej bersejarah British itu, ditangkap pada Isnin (2 Sep) atas tuduhan penyelewangan kewangan, beberapa hari selepas kejadian terbabit tular.
CBI juga menangkap dua peniaga bekalan barangan hospital dan seorang pembantu rapat Ghosh berkaitan dengan kes itu.
Reuters tidak dapat menghubungi Ghosh atau peguamnya.
Kes rogol dan pembunuhan membabitkan doktor pelatih itu mencetuskan tunjuk perasaan meluas oleh doktor yang menuntut keselamatan lebih baik untuk wanita di tempat kerja dan keadilan bagi doktor berusia 31 tahun itu, yang mayatnya ditemui lebih tiga minggu lalu.
Walaupun undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan selepas kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan kejam seorang pelajar berusia 23 tahun dalam bas bergerak di New Delhi pada 2012, aktivis mengatakan bahawa kejadian di Kolkata menunjukkan bagaimana wanita di India masih terus mengalami kekerasan seksual.
Seorang anggota sukarelawan polis yang ditugaskan untuk membantu anggota polis dan keluarga mereka dengan kemasukan ke hospital apabila perlu, ditangkap bulan lalu dan didakwa dengan jenayah tersebut.

Sumber : Reuters/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.