Skip to main content

Dunia

Bekas Pengerusi TH, bekas Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada reman SPRM

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa (1 Sep), selepas ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan TH.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas Pengerusi TH, bekas Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada reman SPRM

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 27 Ogos 2026 bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi tersebut. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Sep 2026 06:33PM
  • Bekas Pengerusi Tabung Haji dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada tahanan reman SPRM pada 1 September selepas tujuh hari siasatan.
  • Mereka disiasat berkaitan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan pelaburan Tabung Haji dari 2014 hingga 2020.
  • Laporan RCI mencadangkan audit forensik terhadap pelaburan bermasalah yang menyebabkan penurunan nilai aset TH, serta mengesan transaksi mencurigakan dan penyembunyian maklumat.
  • Siasatan turut merujuk penemuan firma PwC, EY dan Roland Berger, namun tidak melibatkan pelan penstrukturan dan pemulihan semasa.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa (1 Sep), selepas ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu berkaitan TH.

Menurut sumber, mereka dibebaskan pada pagi Selasa selepas direman sejak 27 Ogos. Proses mendapatkan keterangan mereka telah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM, berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai, antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti kaedah keputusan pelaburan lepas dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu, turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

RCI berkenaan mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Skop siasatan RCI meliputi penelitian terhadap isu berkaitan TH sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, dengan merujuk penemuan firma PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger, tidak termasuk pelan penstrukturan serta pemulihan yang sedang dijalankan ketika itu.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita