Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas penasihat media Najib Razak didakwa atas pengubahan wang haram

Bekas penasihat media mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Paul Stadlen, didakwa secara in absentia (tanpa kehadiran) di Mahkamah Majistret pada Rabu (20 Feb) atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta (S$5 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas penasihat media Najib Razak didakwa atas pengubahan wang haram

Paul Stadlen, seorang warga Britain, didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram RM15 juta. (Gambar: SPRM)

Diterbitkan : 21 Feb 2019 07:55AM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 07:57AM

KUALA LUMPUR: Bekas penasihat media mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, Paul Stadlen, didakwa secara in absentia (tanpa kehadiran) di Mahkamah Majistret pada Rabu (20 Feb) atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta (S$5 juta).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kes itu secara in absentia bagi mendapatkan waran tangkap terhadap lelaki warga Britain itu, yang dikatakan sudah melarikan diri dari Malaysia selepas kekalahan mantan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengikut pertuduhan pertama, Stadlen didakwa mengarahkan pembayaran melalui 27 urus niaga membabitkan hasil aktiviti pengubahan haram berjumlah sekitar RM8.1 juta (S$2.7 juta) dari akaun pelanggan firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan Aisha Mubarak, kepada beberapa individu dan syarikat itu antara Jun hingga Disember 2014.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki berkenaan dituduh mengarahkan pembayaran melalui 16 urus niaga hasil aktiviti pengubahan haram berjumlah sekitar RM6.1 juta (S$2.1 juta) dari akaun pelanggan firma guaman sama kepada beberapa individu dan syarikat itu antara Januari hingga Ogos 2015.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta (S$1.66 juta) atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan